OGOS 2023

Premier Rasmi Hikmah Exchange Centre Malam Tadi


KUCHING, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hadir merasmikan salah satu komponen bangunan komersial Hikmah Exchange (HE), Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) bertempat di Hikmah Exchange di Jalan Haji Taha malam tadi. 

Hikmah Exchange merupakan bangunan setinggi 22 tingkat yang menelan kos lebih RM 350 Juta itu bakal menempatkan pejabat baru untuk agensi-agensi kerajaan negeri dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan selain menempatkan ruang pejabat untuk disewa oleh agensi jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Manakala dewan konvensyennya pula mempunyai enam bilik seminar yang mampu menampung kira-kira 1000 hingga 1700 orang pada satu masa.

Bangunan pintar yang berkonsepkan Islam moden itu dibina di kawasan segi tiga seluas 1.489 hektar (3.68 ekar),  terletak di Jalan Haji Taha (bekas tapak Taman Bina Mara) di sini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem sentuhan elektronik atau ‘E-switch’ dan akan menjadi tempat terkemuka untuk pusat pentadbiran kerajaan Sarawak dan pusat perniagaan.

Sementara, peletakan batu asas projek pembangunan Hikmah Exchange dilakukan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,  7 April 2017.

Hadir sama di majlis berkenaan adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Abu Bakar Marzuki serta dif-dif kenamaan yang lain.

Sumber dari : Sarawakku